Wednesday, March 14, 2007

Futur..?

Futur merupakan satu fenomena yang sering berlaku dan seringkali dikaitkan dengan pejuang agama Allah s.w.t. Tetapi, sejauh mana kita menghadam serta memahami apakah yang dimaksudkan dengan futur itu sebenarnya. Menurut as-Syeikh Sayyid Mohd Nooh di dalam kitabnya آفات على الطريق, futur merupakan satu penyakit yang melanda di kalangan jentera-jentera penggerak dakwah yang mana serendah-rendah futur itu ialah bermalas-malasan serta suka menangguh-nangguhkan sesuatu pertanggungjawaban, dan setinggi-tinggi martabat futur adalah lari dari sesuatu gerakan setelah menyertainya di dalam beberapa waktu.

Acapkali kita mendengar bahawa virus futur ini sering melanda penggerak-penggerak agama Allah tidak kira samada di tanah air kita sendiri, atau di mana-mana sahaja. Banyak sebab yang menyebabkan penggerak-penggerak ini terjerumus di dalam penyakit ini. Di sini dinyatakan beberapa sebab antaranya:
* Melampau-lampau @ terlalu syadid di dalam urusan agama
* Meninggalkan sesuatu gerakan serta suka hidup bersendirian
* Kurang mengingati mati serta hari Akhirat
* Tidak melunasi hak-hak badan disebabkan kerja yang banyak serta melakukannya seorang diri tanpa membahagi-bahagikan tugas kepada orang lain
* Banyak terjerumus kepada perkara-perkara yang haram atau syubhat
* Sikap acuh tak acuh dengan sesuatu tanggungjawab yang diberikan oleh gerakan
* Banyak melakukan dosa samada dosa kecil ataupun besar

Terdapat impak negatif tehadap penggerak ataupun kepada gerak kerja Islam itu sendiri hasil daripada virus ini. Di antaranya ialah, cita-cita untuk melihat kemenangan Islam itu semakin jauh disebabkan kemalasan dan menangguh-nangguhkan sesuatu kewajipan yang telah diamanahkan serta lari dari gerakan dengan alasan yang sangat pelbagai. Inilah yang paling dibimbangi oleh segenap lapisan jentera Islam masakini.

Melihatkan barah futur yang semakin menular, pelbagai pihak telah mengkaji apakah penawar bagi kanser ini. Antara yang digariskan oleh pengarang kitab ini ialah :-
 Jauhkan maksiat dikalangan penggerak
 Bahagikan masa dan tugasan dengan bijaksana
 Bebaskan diri kita dari sikap melampau-lampau serta syadid di dalam urusan agama
 Libatkan diri kita di dalam gerakan dan jangan sekali-kali lari daripadanya
 Bersahabat dengan mereka-mereka yang melakukan amalan soleh
 Lunasi hak-hak badan kerana badan kita memerlukan rehat yang cukup (tetap jangan terlampau banyak rehat)
 Luangkan masa untuk beriadhah, bersama anak-anak & isteri (tetapi hanya sekadarnya)
 Melakukan sesuatu kerja dengan bertanzim (tersusun)
 Banyakkan amalan-amalan nawafil

Ingatlah, virus ini tidak mengenal sesiapa. Jadi, pandai-pandailah mengambil istifadah daripada terjemahan kitab ini. Mudah-mudahan ianya menjadi semangat untuk kita bekerja bagi memastikan Islam akan kembali izzahnya. Untuk akhirnya, renungkanlah beberapa mutiara hikmah ini untuk bekalan semua:

"Jikalau ada keuntungan yang dekat dan perjalanan yang sederhana sudah tentu mereka mahu mengikuti engkau wahai Muhammad, tetapi mereka merasakan amat jauh perjalanan serta banyak rintangannya" (Surah At-Taubah 42)

"Ingatlah, perjuangan ini bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan kepayahan serta keringat dan darah" (Al-Imam)

Tuesday, March 13, 2007

Muqaddimah

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Selamat menziarahi blog ini. Semoga ianya dapat memberikan manfaat...